Saturday, January 4, 2014
Kawal kemarahan,sabar,redha
Hari ini,mungkin berita yang agak besar la kot. Tapi bagi aku,memang tak terkejut sangat sebab pernah and selalu harap dan berdoa satu hari nanti benda ni pasti akan berlaku.
Hari ini juga mengajar aku to be a good listener,a good daughter and a good muslimah as well insyaAllah. Macam mana kita handle emosi, anger and demotivated feeling that out of sudden all jumbles together and tends to make me feels like I am standing on the cliff.
Being the only daughter, selalu ibu cakap nak lahirkan aku lah yang paling susah. Kena caesar semua. Dahlah seorang je pulak tu perempuan. How precious I am right :)
Nak tidur pun satu hal. Tak boleh letak bebas je nanti aku nangis and ayahlah yang akan pangku aku and letak kat peha dia and goyang-goyangkan kaki dia sampai aku elok tertidur and sampai esok pagi.
Belum lagi pasal bab makan minum. Along and angah sanggup berlari dari rumah(masa tu duduk kat flat) ke kedai runcit and sometimes kfc just nak belikan stok makanan aku dah habis. During that moment, I just ate Rusk and mesh potato only. Plus,RIBENA!!!! :D
I realized everything and not a single thing I forget. I do love my family. I mean my own family.
Now,things have changed. :(
But,we the ones who still keep on our bonding to be strong for the woman that we treasure and love,still surviving and continue loving and supporting each other. :)
Ok kena stop sebab hidung dah buat hal and my eyes are redden and dah start nak mulakan drama :)
I am not a regular blogger who keeps on updating the blog.
The blog to me is just a whiteboard.
Monday, December 16, 2013
KEHILANGAN
A good guy with a good manner too. Ni frankly speaking. X pernah npk dy mcm2 ngan budak2 pmpuan yg sllu singgah beli burger. Tny bila perlu n sembang2 dgn cara yg sopan.
Last beli burger mmg dah x igt. So,mksudnya aku mmg dah lama x jumpa dia.
Last nampak stall burger tu ble nampak dia dan kawan dia duk tolak stall tu ke Student Pavilion. Rasa sedih gak bila tgk stall tu kena pindah. :'(
Tiba-tiba, terus dengar berita ada student UNIMAS kena langgar lari kat depan Bank Islam, dekat DI(Desa Ilmu). Serius, masa tu memang ada risau sebab accident case kan.
Tapi, betul-betul tak sangka bila melibatkan org yang kita kenal walaupun tak rapat.
"Nak p hospital sat. Nak tengok Amir. Accident. Brain damage. Koma sekarang."
Aku dengan sorang lagi kawan pegun,tak tahu nak react pe dengan news tu. Rasa macam susah nak digest oleh brain. Rasa macam ada errors macam masa aku compile codes.
Selalu update news pasal dia via page MPP, kolej-kolej lain and also from my family in SAKURA. Sebab ramai kenal dia kan,so mungkin macam-macam cerita dah disampaikan dengan pelbagai versi. Tapi,yang pastinya, hanya Allah dan dia je yang tau kejadian sebenar.
Now, he is in a good hands right now,InsyaAllah :) pray for him. First time jugak aku wat solat jenazah ghaib, dan jugak first time aku solat jenazah. Selama ini, memang tak pernah wat. :( terus-terang sbb x reti :'( Time solat tu pun,aku rasa sayu sangat. It's true,walaupun x kenal,x rapat tapi kuasa Allah kan...kerana KITA BERSAUDARA. :'( rasa sayu dan syahdu tu dapat aku rasa. After all, rasa bersyukur sbb diberi rasa macam tu.
To allahyarham Amir Rusydi, hanya doa kami yang masih di belakang ini mengiringi pemergian. Kehilangan yang pasti dirasai sbb hubungan PERSAUDARAAN. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah :'(
Sunday, September 9, 2012
Sarawak Bumi Kenyalang
Ok jom aku bawa semua ke kronologi-kronologi penting dalam hidup aku ni. Aku bersama ibu, along dan adik aku fly to Sarawak time Hari Merdeka. Perasaan aku masa kat airport hanya Allah je yang tau macam mana aku cuba control feeling aku bila nak salam sume org yg hantar aku time tu. Masa salam ngan angah aku terus x boleh nak control..terus peluk abang aku kuat-kuat,nangis jangan tanya la...sampai sedu-sedu. Pastu bila salam and cium anak-anak buah aku..aduyai....lagi la sayu...:(
Tapi kaki tetap melangkah juga sebab tuntutan yang akan aku hadapi kat Sarawak nanti. 1 jam 45 minit ke Sarawak terasa lama sangat! Bukan sebab dah rindu kat semenanjung tapi rasa teruja nak tengok negeri orang. Aku tak pernah sampai ke Sarawak or Sabah. Ini first time dan bukan untuk holiday tapi study! REMEMBER, STUDY!!
1 September 2012;
Tarikh mendaftar kolej kediaman. Aku tinggal di Kolej Sakura. :) Sakura? Kawaii!! Sakura? Kawaii!! Sakura-sakura?? KAWAII KIREI HAI!!! LOL I'm proud to be a Sakura!!!
Ok nanti aku sambung lagi. :)
Monday, August 6, 2012
MOH BELAJAR SESAME :)
Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan, sesiapa yang tidak membaca al-Quran bermakna dia telah meninggalkannya (menjauhkannya); begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga telah meninggalkan al-Quran; dan sesiapa yang membaca al-Quran dan telah memahami maknanya, tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga telah meninggalkan al-Quran.
- Pertama, mendapat ganjaran pahala yang banyak, yang mana satu huruf diberi balasan sepuluh kebajikan seperti diriwayatkan Iman al-Tirmizi dalam hadis Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari)
Perlu ditegaskan, membaca al-Quran bukan saja sangat digalakkan pada Ramadan, bahkan juga dianjurkan dalam bulan lain sepanjang tahun.
Walaupun begitu, Muslim digalakkan meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan al-Quran pada Ramadan kerana Allah menyediakan ganjaran berlipat ganda kepada orang yang melakukan amalan soleh dalam bulan mulia ini.
Di samping itu, adab dan peraturan membaca al-Quran perlu dipelihara di samping setiap Muslim dituntut memperelokkan bacaannya supaya termasuk dalam koleksi amalan soleh. Rasulullah sering bertadarus al-Quran bersama Jibril sepanjang malam Ramadan.
- Kedua, Allah SWT akan mengangkat darjat orang selalu membaca al-Quran, mempelajari isi kandungannya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Kitab al-Quran dan Allah merendahkan kaum yang lainnya (yang tidak mahu membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran). (Riwayat Bukhari)
Orang yang membaca al-Quran selalu dekat dengan Allah SWT, bahkan membaca al-Quran adalah bermunajat secara langsung kepada Allah SWT.
- Ketiga, mendapat ketenangan jiwa atau hati yang sangat luar biasa, di mana setiap ayat al-Quran yang dibaca akan menghasilkan ketenteraman.
Firman Allah SWT: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga. (Surah Al-Isra, ayat 82)
- Keempat, mendapat syafaat dan perlindungan Ilahi pada hari Kiamat. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Muslim: Bacalah al-Quran oleh kamu sekalian, kerana bacaan al-Quran yang dibaca ketika hidup di dunia ini, akan menjadi syafaat dan penolong bagi para pembacanya di hari Kiamat nanti.
Justeru, perbanyakkan membaca al-Quran kerana bacaan al-Quran akan menjadi syafaat dan penolong pada hari Kiamat nanti, sedangkan manusia pada masa itu ramai yang sengsara dan menderita dengan kepayahan di hari perhimpunan agung di hadapan Allah SWT.
- Kelima, orang yang rajin membaca al-Quran akan bebas daripada aduan Rasulullah SAW pada hari Kiamat nanti, di mana ada beberapa manusia diadukan Rasulullah SAW pada hari Kiamat di hadapan Allah SWT.
Manfaatkan sisa-sisa kehidupan berbaki yang Allah berikan untuk menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran. Janganlah disia-siakan kesempatan tiada ternilai, kerana al-Quran akan menjadi teman setia Muslim ketika sakaratul maut dan di dalam kubur.
Demikian lima keutamaan membaca al-Quran yang sewajarnya direbut setiap Muslim bertakwa, lebih-lebih lagi ketika berada di bawah naungan Ramadan yang penuh keberkatan. Bersegeralah melakukan amalan kebaikan sepanjang Ramadan untuk meraih kedudukan terbaik di sisi Allah SWT.
Sesiapa berpegang teguh dengan segala ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, maka dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.
Wednesday, August 1, 2012
~LANGIT BIRU~
- Alhamdulillah..hari ni dah 1 OGOS 2012. Dah msuk bulan merdeka!!!
- Tapi aku bukan nk cakap pasal merdeka..sbb aku langsung xde rasa nak celebrate merdeka tahun ni.
- Aku lebih rasa x sabar nk jadi mahasiswi..ALHAMDULILLAH. :)
- Aku akan fly 31 OGOS 2012 nanti.
- Sekali lagi syukur ke hadrat Illahi sbb DIA makbulkan niat hati aku..
- Pertame kali nek flight masa g penang..time nk balik KL aku pasang niat..
"1 hari nnt aku mesti nek flight ag.."
- And sekali lagi ALLAH makbulkan permintaan aku tu..
- 19 MEI 2012 aku terbang ke KOREA...DAE HAN MIN KUK!!
- And bersaksikan ALLAH dan Nami Island, sekali lagi aku pasang niat..
"Datang Nami Isle sekali lagi dengan my ZAUJ..Aamin"
(semoga aku dapat capai hajat aku ni..:D)
- Sekali lagi ALLAH kabulkan hajat aku ni..dengan memberikan tawaran yang aku nanti-nantikan.
- UNIMAS..aku kan FLY lagi nanti..
- Kali ni aku berniat..
"Semoga ALLAH titipkan aku kejayaan daripada DIA sepanjang langkah dan ibadah aku..Aamin"
Thursday, December 8, 2011
Khamis Pertama
Best klas tu n alhamdulillah byk info yg aq dpt psl unifi..ag clear dr reseller kat luar sne yg explain..
bru aku phm reseller2 lat luar tu ckp ikut sdp dorg je sbb nk achieve target tiap2 bulan smp sggup menipu semata2 nk dpt bonus and achieve KPI..
Yg dh berkahwin and beranak pinak tu x tkut ke duit hrm yg dorg dok suap kat anak bini dorg? MasyaAllah..
Hindarkan keluarga ku dr cubaan sebegini ya Allah.
Amin.
Wednesday, December 7, 2011
3rd Day
sbb bykkkkk sgt kerja sampai xde rse bosan langsung arini..
heheheh...pagi2 lagi kne isi data dlm SAP and wat follow up...
called trainee yg record dorg xde dlm database...
tu je kot yg menarik harini...
and jmpe sorg abg hensem..
xtaw la dh kwin or blum...
huhuhuu..ok syg smp cni je mlm ni ok?
annyo!
Tuesday, December 6, 2011
2nd Day
- so far alhamdulillah...
- arini yg pling best dpt lunch ngan kwn2 yg bru and happening..
- jmpe manager2 TM yg selalu hang out dlm bilik purple ktorg ni..
- jmpe supervisor aq, En. Badarshah Abd Majid..
- report duty dh fax ptg td..
- blaja key in data gne SAP!!!
- dbr2 aq nk blaja and wat keje td..
- alhamdulillah..supervisor sume ok ngan aku n teh..
- Thanx so much TM!
- tp ble hbis waktu keje, ble kne blik hostel, wat jiwa aku jd rapuh blik sbb rse sunyi, sayu, and x taw ag nk describe cmne..
- Tp aku tau Allah de ngan aku..
Monday, December 5, 2011
First Day
- Arini 5 hb aq report kat TM Training Centre kul 8.30 a.m.
- Pas report trus g klas yg de lecture utk org2 TM yg de training.
- Duk dgr je trainer ckp n amik input yg berkaitan je..yg len bukak novel...hehehhe
- Perut dok berirama keroncong sbb dr pg x amik pape pun. Kul 12.30 kuar klas n trus g ofis.
- Jmpe supervisor yg kan evaluate aku n kwn aku. Tp aku under en.badarshah yg x dtg arini sbb cuti.
- Makan time kul 1.20 p.m.
- Briefing and wat keje la kan..nme pun praktikal.
- Solat..........
- Blaja cre2 gne machine photostate..hahahah...
- Wat keje yg perlu di wat ngan nabila.
- Borak2 ngan supervisor.
- Balik kul 5.00 p.m.
- Check in hostel kul 5.30 p.m.
- Borak n gelak2 ngan en.Bakhtiar.
- G 7E beli brg2 n mknn..lapar dowh....huhuuhuh
- Solat............
Sunday, July 10, 2011
RESULT kuar!!!
Result kuar. Aq try tgk kul 12 cmtu tp nothing display. Aq tgk lak kul 4 n there it is!!
My 6th Semester result. De 3 subjects;
Programming Concept & Design A-
System Analysis Design A
Islamic Ethics A
Alhamdulillah. GPA mmg nek melambung smp cm terSPRING mate aq ni. Hahaha :) 3.888 tp CGPA aq maintain 3.6. Ini hadiah utk ibu aku. Sbb time ni, mcm2 ujian ktorg lalui. Hanya Allah je yg tau cmne aq mngis, rsaukan ibu, emosi x stabil n mcm2 ag la. Melambung2 emosi aku time ni.
Tp bile sumenye kmbali ok, aku mule ok blik n kmbli to my own path. Sume yg aq lalui time tu, aku pegang kuat2 n sume tu la yg mndorng aku utk truskan hidup ak sbg pelajar.
Utk kwn2, smede yg berjaya or x, jom kite berjuang sme2 smp kite berjaya. :)
Chaiyok Chaiyok!!!
IBU
Alhamdulillah. That was my first impression when the doctor said that my mum is getting better and can be discharged by tomorrow.
Thanks to ayah sbb dy sggup tersekat dlm jammed for about 2 hours tp terpkse patah blik sbb x larat ag ngan jammed(BERSIH punye psl). Mnyusahkan org btul. Tp akhirnye dpt gak aq smp ke Selangor Medical Center to see my mum. Ncb bek mse smp2 tu ak x trus ngis tgk ibu.
Thanks also to my Along, Angah n adik sbb be the first to be there. Klu xde korg sume,kakk xtaw la nk tngkan prsaan cmne. Thanks abg2ku n adikku! Kakk syg sume. Thanks to my sisters-in-law n my beautiful nieces sbb comforting our mum n opah. Mak Yang syg sgt kat Dhia n Alya!
Last but not least, thanks korg(kwn2 kuliah, kakk2 umah n yg jao) sbb support aq. Thanks sbb sudi jd org yg pertama tgk ak down. Tp korg x trus keep me down malah trus bg nchat kat aq.
Thanks sume n ILYSM!!!! :)
Wednesday, July 6, 2011
Software Training
Softskill Training
Hari ni aku belajar how to handle a project. Whether it is a small one or complex one. You have to manage it well and make sure it is according to the right pace. Activity yang paling extreme sekali bagi aku hari ini, time kena buat projek:
"Design a fund raising campaign for an orphanage. You are given 2 months and a budget of RM20K. Your goal is to raise RM50K."
Ha,nah ambik kau sebijik! Dengan kudrat otak yang ada dekat 6 orang ni, kitorang pun buat je la apa yang kitorang rasa relevant dengan soalan tu. First of all, kitorang buat draft dulu for Breakdown Structure. Yang mana, our first Module Name was Fund Raising Campaign.
Lepas tu, dah siap utk diagram yang pertama tu, kena buat pulak Gantt Chart.
Yang ni memang haru-haru(p/s:sorry Big Bang, I'm borrowing your famous song's lyric)..hahaha..macam la Big Bang follows blog aku ni.
This is the second last part of it. Develop our finance, to be more specific, the cashflow for the project. Yang ni dah macam akaun. Aku yang ex-student in Sains Tulen mmg x amik la subjek Akaun ni sebab Subjek tambahan aku dulu Tasawwur Islam. So, main bantai je r!
The last part of it was the presentation to the CEO. Guess who?? It's Sir Kumaran form CGskill. Our trainer. My team was the 3rd to be presented and aku yang start cakap dulu. Present punye present sampai aku makan part kawan aku. Hahahah. Tu la lain kali jangan bagi aku cakap dulu. Aku ni kalau dah speaking memang lupa diri kejap. Overall, aku paling suka part yang aku sebut "our modus operandi is by helding a corporate dinner". Sir Kumar suka gila bila aku sebut this words.
The lessons that I learned today were, don't depend so much on others. Be independent and be someone who can be relied on, but not to be someone who easily be fooled around. Be matured and think out of the box. Plus, I hate this kind of attitude; laziness,shyness(to learn,ask) and speak too much but doing nothing!Thanks Sir! I learned a lot from you.
Wednesday, July 14, 2010
So hectic!
I felt like want to cry when I had three programming classes for the new sem. There are Data Structured & Algorithm,Computer Graphic and also Web Based Programming. There was no break at all. Then,I also had another one class after that. I was rushed to the class for the entire day. However,I was relieved because I had dropped the Computer Graphic class. (sigh)
Tuesday, July 13, 2010
Apa Itu Tanggungjawab?
Tanggungjawab itu satu amanah yang paling besar yang Allah turunkan untuk setiap manusia. Sebagai seorang lelaki,tanggungjawab dia paling besar dan berat. ebagai seorang ayah pula,tanggungjawab semakin berat. Di sinilah terserlahnya kewibawaan seorang lelaki selaku ketua keluarga. Susah kalau lelaki tak bertanggungjawab ini. Macam memelihara biawak hidup.
So kepada lelaki yang bernama "LELAKI" ini,bersedialah,matanglah dan cerminlah diri anda sebelum membuat sesuatu keputusan yang paling besar dalam hidup anda sebelum anda memusnahkan hidup seorang perempuan.
Monday, July 12, 2010
Penat
Hari ini aku rasa penat sangat sebab petang tadi tiba-tiba je takde air. Cuak jugak tadi sebab aku pikir macam manalah nak mandi,solat semua. Tadi nak solat Maghrib,aku dengan kak Ku-Z terpaksa turun ke bawah untuk pergi ke blok depan untuk ambil wudhu'. Penat jugak ulang alik dari tingkat 4 ke bawah lepas tu nak kena naik balik.
Owh ye!! Siang tadi aku dapat peluang bila aku dapat cakap ngan dia yang aku cakap hari tu. Gembira aku hari ni. Dah lama tak jumpa dia dan bercakap dengannya. Walaupun sekadar ber-chatting,tapi bagi aku tu semua dah memadaai. Mungkin walau dah memang tersurat yang aku dah tiada jodoh lagi dengan dia tapi biarlah hubungan persahabatan tu tak terputus. Aaaaminnnn....
Adik aku pulak sibuk mengusik aku bila ibu aku called tadi. Sempat lagi dia bisik kat belakang telefon tu,"kakak de kekasih gelap!" Rasa lawak pulak bila dia sebut macam tu.
Aku sebenarnya mengantuk sangat ni. Tapi rasa macam tak boleh tidur sekarang pulak. Mungkin kejap lagi.
Kenangan Impian dan Harapan
Kenangan
Bagi aku tiada satu apa pun kenangan manis yang boleh membuatkan aku rindu dengan sekolah. Not at all! Semuanya menyakitkan hati,mata dan perasaan aku ini. Mula-mula tu memangla best bila kita ada couple dan satu kelas pulak tu. Tapi bila dia mula berubah dan kita putus,hati mula rasa tak selesa bila satu kelas dengan dia. Nak dengar nama dia pun mula naik menyampah. Tapi yang paling aku ingat dan aku paling bangga bila keputusan aku dalam PMR paling gempak dan terlintas dalam hati aku masa tu,"padan muka dia ngan makwe dia tu,wat naya kat aku lagi kan keputusan x best." Walaupun terluka sebab cara dia tu amat menyakitkan,tapi akhirnya dendam aku terbalas jugak bila aku dapat 7A dan dia kurang daripada aku. Bestnya!!!
Impian
Well,right now I'm studying in Gombak and I'm taking Computer Science. Since,I had accomplished my three whole semesters with Dean List entitled,I hope I will maintain my CGPA and after finish my year in IIC,I will apply and get through to UM or UTM to further my degree in Engineering in Computer Science. Then after that,I want to be a lecturer or at least a tutor in any local universities.
Sunday, July 11, 2010
Semangat Baru!!!
Bait-bait Indah...
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
untuk mencintai-Mu
Ya Allah,jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,jika aku jatuh cinta
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu
Ya Allah,jika aku jatuh cinta
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari-Mu
Ya Allah,sesungguhnya aku bermohon
pada-Mu untuk selalu mencintai-MU
Saturday, July 10, 2010
Hati ku berkata....
Sehari dua ni entah kenapa hati aku ni macam nak berlawan dengan otak aku yang masih lagi waras ni. Rasa macam nak tinggalkan dia je tapi tak sampai 1 minit,aku kan ubah fikiran. Mungkin aku takut nk cuba macam mana hidup aku tanpa dia. Bukan x pernah kitorang gaduh and putus,tapi entahlah. Yang pastinya keputusan tu aku sendiri yang ubah. So,pendek kata aku ni macam lalang. Lagi satu,kebelakangan ni hati aku asyik teringatkan dia yang pernah rapat dengan aku. Semua aku ingat. Macam mana boleh kenal,jumpa kat KFC,terserempak dengan Mak Ngah,raya bersama dan yang paling manis dia sanggup dan berani datang rumah aku. Niat macam nak beraya tapi masa dia nak balik tu,dia mintak izin dengan ibu aku nak ajak aku keluar pergi Jusco Bukit Raja untuk sambut ulang tahun aku. Ok la. Ari ni aku tulis sampai sini dulu. Insyaallah,esok aku sambung balik. Dadaaa 'hatiku'...