Pages

Monday, December 16, 2013

KEHILANGAN

Kenal dia sbb selalu gak order burger kat stall dy. Betul2 dpn minimart Kolej Sakura.
A good guy with a good manner too. Ni frankly speaking. X pernah npk dy mcm2 ngan budak2 pmpuan yg sllu singgah beli burger. Tny bila perlu n sembang2 dgn cara yg sopan.


Last beli burger mmg dah x igt. So,mksudnya aku mmg dah lama x jumpa dia.
Last nampak stall burger tu ble nampak dia dan kawan dia duk tolak stall tu ke Student Pavilion. Rasa sedih gak bila tgk stall tu kena pindah. :'(

Tiba-tiba, terus dengar berita ada student UNIMAS kena langgar lari kat depan Bank Islam, dekat DI(Desa Ilmu). Serius, masa tu memang ada risau sebab accident case kan.
Tapi, betul-betul tak sangka bila melibatkan org yang kita kenal walaupun tak rapat.


"Nak p hospital sat. Nak tengok Amir. Accident. Brain damage. Koma sekarang."
Aku dengan sorang lagi kawan pegun,tak tahu nak react pe dengan news tu. Rasa macam susah nak digest oleh brain. Rasa macam ada errors macam masa aku compile codes.

Selalu update news pasal dia via page MPP, kolej-kolej lain and also from my family in  SAKURA. Sebab ramai kenal dia kan,so mungkin macam-macam cerita dah disampaikan dengan pelbagai versi. Tapi,yang pastinya, hanya Allah dan dia je yang tau kejadian sebenar.

Now, he is in a good hands right now,InsyaAllah :) pray for him. First time jugak aku wat solat jenazah ghaib, dan jugak first time aku solat jenazah. Selama ini, memang tak pernah wat. :( terus-terang sbb x reti :'( Time solat tu pun,aku rasa sayu sangat. It's true,walaupun x kenal,x rapat tapi kuasa Allah kan...kerana KITA BERSAUDARA. :'( rasa sayu dan syahdu tu dapat aku rasa. After all, rasa bersyukur sbb diberi rasa macam tu.


To allahyarham Amir Rusydi, hanya doa kami yang masih di belakang ini mengiringi pemergian. Kehilangan yang pasti dirasai sbb hubungan PERSAUDARAAN. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah :'(