Pages

Saturday, January 4, 2014

Kawal kemarahan,sabar,redha

Pelajaran lama sepanjang hidup sebagai manusia. Tapi jarang kita(akulah) amalkan. Peribadi mungkin. Being the only daughter and sister in the family makes me who I am today. Keras kepala,sometimes keras hati,cepat merajuk,suka tarik muka. Yes,that's all about me.
Hari ini,mungkin berita yang agak besar la kot. Tapi bagi aku,memang tak terkejut sangat sebab pernah and selalu harap dan berdoa satu hari nanti benda ni pasti akan berlaku.
Hari ini juga mengajar aku to be a good listener,a good daughter and a good muslimah as well insyaAllah. Macam mana kita handle emosi, anger and demotivated feeling that out of sudden all jumbles together and tends to make me feels like I am standing on the cliff.
Being the only daughter, selalu ibu cakap nak lahirkan aku lah yang paling susah. Kena caesar semua. Dahlah seorang je pulak tu perempuan. How precious I am right :)
Nak tidur pun satu hal. Tak boleh letak bebas je nanti aku nangis and ayahlah yang akan pangku aku and letak kat peha dia and goyang-goyangkan kaki dia sampai aku elok tertidur and sampai esok pagi.
Belum lagi pasal bab makan minum. Along and angah sanggup berlari dari rumah(masa tu duduk kat flat) ke kedai runcit and sometimes kfc just nak belikan stok makanan aku dah habis. During that moment, I just ate Rusk and mesh potato only. Plus,RIBENA!!!! :D
I realized everything and not a single thing I forget. I do love my family. I mean my own family.
Now,things have changed. :(
But,we the ones who still keep on our bonding to be strong for the woman that we treasure and love,still surviving and continue loving and supporting each other. :)
Ok kena stop sebab hidung dah buat hal and my eyes are redden and dah start nak mulakan drama :)
I am not a regular blogger who keeps on updating the blog.
The blog to me is just a whiteboard.

Monday, December 16, 2013

KEHILANGAN

Kenal dia sbb selalu gak order burger kat stall dy. Betul2 dpn minimart Kolej Sakura.
A good guy with a good manner too. Ni frankly speaking. X pernah npk dy mcm2 ngan budak2 pmpuan yg sllu singgah beli burger. Tny bila perlu n sembang2 dgn cara yg sopan.


Last beli burger mmg dah x igt. So,mksudnya aku mmg dah lama x jumpa dia.
Last nampak stall burger tu ble nampak dia dan kawan dia duk tolak stall tu ke Student Pavilion. Rasa sedih gak bila tgk stall tu kena pindah. :'(

Tiba-tiba, terus dengar berita ada student UNIMAS kena langgar lari kat depan Bank Islam, dekat DI(Desa Ilmu). Serius, masa tu memang ada risau sebab accident case kan.
Tapi, betul-betul tak sangka bila melibatkan org yang kita kenal walaupun tak rapat.


"Nak p hospital sat. Nak tengok Amir. Accident. Brain damage. Koma sekarang."
Aku dengan sorang lagi kawan pegun,tak tahu nak react pe dengan news tu. Rasa macam susah nak digest oleh brain. Rasa macam ada errors macam masa aku compile codes.

Selalu update news pasal dia via page MPP, kolej-kolej lain and also from my family in  SAKURA. Sebab ramai kenal dia kan,so mungkin macam-macam cerita dah disampaikan dengan pelbagai versi. Tapi,yang pastinya, hanya Allah dan dia je yang tau kejadian sebenar.

Now, he is in a good hands right now,InsyaAllah :) pray for him. First time jugak aku wat solat jenazah ghaib, dan jugak first time aku solat jenazah. Selama ini, memang tak pernah wat. :( terus-terang sbb x reti :'( Time solat tu pun,aku rasa sayu sangat. It's true,walaupun x kenal,x rapat tapi kuasa Allah kan...kerana KITA BERSAUDARA. :'( rasa sayu dan syahdu tu dapat aku rasa. After all, rasa bersyukur sbb diberi rasa macam tu.


To allahyarham Amir Rusydi, hanya doa kami yang masih di belakang ini mengiringi pemergian. Kehilangan yang pasti dirasai sbb hubungan PERSAUDARAAN. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah :'(

Sunday, September 9, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah dah selesai sesi pendaftaran dan paling penting MAP (Majlis Aluan Pelajar) yang berakhir hari Jumaat, tanggal 7 September 2012. Alhamdulillah aku kini bergelar mahasiswi UNIMAS dan berpegang dengan AUKU pindaan 2012. First batch tau!! :)


Ok jom aku bawa semua ke kronologi-kronologi penting dalam hidup aku ni. Aku bersama ibu, along dan adik aku fly to Sarawak time Hari Merdeka. Perasaan aku masa kat airport hanya Allah je yang tau macam mana aku cuba control feeling aku bila nak salam sume org yg hantar aku time tu. Masa salam ngan angah aku terus x boleh nak control..terus peluk abang aku kuat-kuat,nangis jangan tanya la...sampai sedu-sedu. Pastu bila salam and cium anak-anak buah aku..aduyai....lagi la sayu...:(

Tapi kaki tetap melangkah juga sebab tuntutan yang akan aku hadapi kat Sarawak nanti. 1 jam 45 minit ke Sarawak terasa lama sangat! Bukan sebab dah rindu kat semenanjung tapi rasa teruja nak tengok negeri orang. Aku tak pernah sampai ke Sarawak or Sabah. Ini first time dan bukan untuk holiday tapi study! REMEMBER, STUDY!!

1 September 2012;
Tarikh mendaftar kolej kediaman. Aku tinggal di Kolej Sakura. :) Sakura? Kawaii!! Sakura? Kawaii!! Sakura-sakura?? KAWAII KIREI HAI!!! LOL I'm proud to be a Sakura!!!

Ok nanti aku sambung lagi. :)

Monday, August 6, 2012

MOH BELAJAR SESAME :)

Al-Quran yang padat dengan wahyu Ilahi seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat.

Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan, sesiapa yang tidak membaca al-Quran bermakna dia telah meninggalkannya (menjauhkannya); begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga telah meninggalkan al-Quran; dan sesiapa yang membaca al-Quran dan telah memahami maknanya, tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga telah meninggalkan al-Quran.
Sehubungan itu, kehadiran Ramadan sewajarnya dijadikan momentum terbaik dan peluang keemasan Muslim untuk bermuhasabah mengenai kepentingan kitab suci al-Quran dalam kehidupan Muslim serta pelbagai hikmah diperoleh.

  • Pertama, mendapat ganjaran pahala yang banyak, yang mana satu huruf diberi balasan sepuluh kebajikan seperti diriwayatkan Iman al-Tirmizi dalam hadis Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari)


Perlu ditegaskan, membaca al-Quran bukan saja sangat digalakkan pada Ramadan, bahkan juga dianjurkan dalam bulan lain sepanjang tahun.


Walaupun begitu, Muslim digalakkan meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan al-Quran pada Ramadan kerana Allah menyediakan ganjaran berlipat ganda kepada orang yang melakukan amalan soleh dalam bulan mulia ini.

Di samping itu, adab dan peraturan membaca al-Quran perlu dipelihara di samping setiap Muslim dituntut memperelokkan bacaannya supaya termasuk dalam koleksi amalan soleh. Rasulullah sering bertadarus al-Quran bersama Jibril sepanjang malam Ramadan.

  • Kedua, Allah SWT akan mengangkat darjat orang selalu membaca al-Quran, mempelajari isi kandungannya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Kitab al-Quran dan Allah merendahkan kaum yang lainnya (yang tidak mahu membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran). (Riwayat Bukhari)


Orang yang membaca al-Quran selalu dekat dengan Allah SWT, bahkan membaca al-Quran adalah bermunajat secara langsung kepada Allah SWT.


  • Ketiga, mendapat ketenangan jiwa atau hati yang sangat luar biasa, di mana setiap ayat al-Quran yang dibaca akan menghasilkan ketenteraman.

Firman Allah SWT: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga. (Surah Al-Isra, ayat 82)

  • Keempat, mendapat syafaat dan perlindungan Ilahi pada hari Kiamat. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Muslim: Bacalah al-Quran oleh kamu sekalian, kerana bacaan al-Quran yang dibaca ketika hidup di dunia ini, akan menjadi syafaat dan penolong bagi para pembacanya di hari Kiamat nanti.

Justeru, perbanyakkan membaca al-Quran kerana bacaan al-Quran akan menjadi syafaat dan penolong pada hari Kiamat nanti, sedangkan manusia pada masa itu ramai yang sengsara dan menderita dengan kepayahan di hari perhimpunan agung di hadapan Allah SWT.


  • Kelima, orang yang rajin membaca al-Quran akan bebas daripada aduan Rasulullah SAW pada hari Kiamat nanti, di mana ada beberapa manusia diadukan Rasulullah SAW pada hari Kiamat di hadapan Allah SWT.

Manfaatkan sisa-sisa kehidupan berbaki yang Allah berikan untuk menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran. Janganlah disia-siakan kesempatan tiada ternilai, kerana al-Quran akan menjadi teman setia Muslim ketika sakaratul maut dan di dalam kubur.


Demikian lima keutamaan membaca al-Quran yang sewajarnya direbut setiap Muslim bertakwa, lebih-lebih lagi ketika berada di bawah naungan Ramadan yang penuh keberkatan. Bersegeralah melakukan amalan kebaikan sepanjang Ramadan untuk meraih kedudukan terbaik di sisi Allah SWT.


Sesiapa berpegang teguh dengan segala ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, maka dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.

Wednesday, August 1, 2012

~LANGIT BIRU~

  • Alhamdulillah..hari ni dah 1 OGOS 2012. Dah msuk bulan merdeka!!!
  • Tapi aku bukan nk cakap pasal merdeka..sbb aku langsung xde rasa nak celebrate merdeka tahun ni.
  • Aku lebih rasa x sabar nk jadi mahasiswi..ALHAMDULILLAH. :)
  • Aku akan fly 31 OGOS 2012 nanti.
  • Sekali lagi syukur ke hadrat Illahi sbb DIA makbulkan niat hati aku..
  • Pertame kali nek flight masa g penang..time nk balik KL aku pasang niat..
    "1 hari nnt aku mesti nek flight ag.." 
  • And sekali lagi ALLAH makbulkan permintaan aku tu..
  • 19 MEI 2012 aku terbang ke KOREA...DAE HAN MIN KUK!!
  • And bersaksikan ALLAH dan Nami Island, sekali lagi aku pasang niat.. 
"Datang Nami Isle sekali lagi dengan my ZAUJ..Aamin"
(semoga aku dapat capai hajat aku ni..:D)

  • Sekali lagi ALLAH kabulkan hajat aku ni..dengan memberikan tawaran yang aku nanti-nantikan.
  • UNIMAS..aku kan FLY lagi nanti..
  • Kali ni aku berniat..
    "Semoga ALLAH titipkan aku kejayaan daripada DIA sepanjang langkah dan ibadah aku..Aamin"

Thursday, December 8, 2011

Khamis Pertama

Pagi msuk klas unifi yg diajar oleh kak Tini..
Best klas tu n alhamdulillah byk info yg aq dpt psl unifi..ag clear dr reseller kat luar sne yg explain..
bru aku phm reseller2 lat luar tu ckp ikut sdp dorg je sbb nk achieve target tiap2 bulan smp sggup menipu semata2 nk dpt bonus and achieve KPI..
Yg dh berkahwin and beranak pinak tu x tkut ke duit hrm yg dorg dok suap kat anak bini dorg? MasyaAllah..
Hindarkan keluarga ku dr cubaan sebegini ya Allah.
Amin.

Wednesday, December 7, 2011

3rd Day

xtaw nk post pe kat cni sbb dh lupe arini watpe..
sbb bykkkkk sgt kerja sampai xde rse bosan langsung arini..
heheheh...pagi2 lagi kne isi data dlm SAP and wat follow up...
called trainee yg record dorg xde dlm database...
tu je kot yg menarik harini...
and jmpe sorg abg hensem..
xtaw la dh kwin or blum...
huhuhuu..ok syg smp cni je mlm ni ok?
annyo!